? ??????????????When Life Gives You Lemons? ????? ?? ???Rating: 4.9 (7 Ratings)??28 Grabs Today. 7164 Tota
l Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Purple Flower? ????? ?? ???Rating: 4.3 (727 Ratings)??27 Grabs Today. 104253 Total Grabs. ??????Preview?? | BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 21, 2009

Syair Nasihat Untuk Anak Tersayang


Kanak disayang disayang sayang
Besarlah kanak tak lupa mengenang

Kanak disayang disayang sayang
Tidaklah lupa nasihat tuk sembahyang

Berdoalah kanak berdoalah sayang
Siang malam pagi dan petang

Doakan ampun ayah bunda tersayang
Agar hidup terasalah lapang

Inilah syair untukmu sayang
Agar hidup terasalah tenang

Inilah nasihat untukmu sayang
Sebagai syair menemu dendang

from : http://nanangsuryadi.blogspot.com/2007/08/syair-nasihat-untuk-anak-tersayang.html

Guruku sayang...

Tuesday, October 20, 2009

Dekat di Hati...

Apakah yang dekat di hati anda…???
Adakah televisyen yang ditonton setiap hari?
Adakah novel cinta yang dibaca tanpa jemu?
Adakah muzik yang didengar penuh asyik?

Cuba renung…muhasabah…
Apakah yang perlu dekat di hati kita?
Tenang bila kita menatapnya,
Asyik sekali bila kita membaca dan mendengarnya..


Itulah..al-Quran..kalamullah…

Tapi bagaimana pula adab kita dengan al-Quran?
Bagaimana kita ingin menjaganya agar kemuliaannya terus terpelihara…
Jom! kita soroti adab-adab terhadap al-Quran:

1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur'an dalam keadaan sudah berwudhu’, suci pakaian, badan dan tempat serta bersugi.

2. Hendaklah memilih tempat dan waktu yang tenang, kerana akan lebih mendapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.

3. Hendaklah memulakan tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah.

4. Hendaklah selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan).

5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya.

6. Hendaklah membaca sambil merenung dan menghayati makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi dengannya, sambil memohon syurga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat syurga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat neraka.

7. Hendaklah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah berfirman yang bererti:

8. Hendaklah selalu menjaga al-Qur'an dan tekun membaca dan mempelajarinya hingga tidak lupa.

9. Hendaklah tidak menyentuh Al-Qur'an kecuali dalam keadaan suci.

10. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur'an dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang lebih kuat, kerana tidak ada hadits sahih daripada Rasulullah s.a.w. yang melarang hal tersebut.

11. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur'an selagi tidak ada unsur yang negatif, seperti riya’ atau yang serupa dengannya, atau dapat mengganggu orang yang sedang solat, atau orang lain yang juga membaca Al-Qur'an.

12. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah mengantuk, kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Apabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya merasa sulit untuk membaca Al-Qur'an hingga tidak menyadari apa yang ia baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)". (HR. Muslim)

Bersamalah kita menghayati adab terhadap al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan selalulah berdamping dengan al-Quran agar ia sentiasa dekat di hati…

Rujukan http://minetcute.multiply.com/journal/item/40/Etika_Membaca_Al-Quran

Wednesday, October 14, 2009

Kau Sinar Hidupku

GURU atau pendidik disanjung dan dimuliakan kerana ilmunya. Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)


Kelebihan dinyatakan Rasulullah itu ternyata disebabkan manfaat ilmu disampaikan oleh orang berilmu. Dalam konteks perbincangan kita, golongan guru khususnya.

Kelebihan guru dan pendidik sering dibicarakan hingga pujangga turut mengibaratkan guru seperti bintang di langit yang menerangi kegelapan di laut dan di darat. Justeru, seseorang pengembara dikatakan akan tersesat jalan apabila bintang menghilang.

Demikian juga ibaratnya kehidupan manusia tanpa bimbingan guru yang akan kehilangan arah panduan. Lalu, akhirnya tersesat jalan.

Sejarah membuktikan bahawa manusia berjaya mencapai kegemilangan menerusi ilmu dan kebijaksanaan. Demikian seterusnya dengan teknologi baru hari ini yang dicipta berdasarkan kedua-dua elemen itu, di samping kemahiran yang dimiliki.

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang dirakamkan dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi ayat 66-82 menunjukkan adab dalam menuntut ilmu.

Suatu perkara yang dapat dilihat dalam pertemuan antara Nabi Musa dan Khidir adalah bagaimana tawaduk dan rendah hatinya Nabi Musa sebagai seorang 'murid' yang mahu mempelajari sesuatu ilmu daripada gurunya. Tutur katanya penuh adab dan tingkah lakunya penuh sopan, syarat yang amat penting bagi sesiapa saja yang mahu menuntut ilmu.

Meneliti kisah Nabi Musa dan Khidir juga membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu mereka secara tidak langsung menggariskan beberapa adab penting dalam mencari ilmu, khususnya dalam berguru.

Pertama, ilmu adalah kurniaan Allah. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh mendakwa bahawa dia lebih berilmu berbanding orang lain, kerana ada juga ilmu yang juga anugerah Allah tanpa mempelajarinya (ilmu ladunni iaitu ilmu yang dikhususkan untuk hamba Allah yang salih dan terpilih saja).

Kedua, perlu bersabar dan tidak terburu-buru serta mengutamakan kebijaksanaan pada setiap ketika.

Ketiga, seseorang pelajar perlu memelihara adab dengan gurunya.

Antara adabnya adalah seseorang pelajar mesti bersedia untuk mendengar penjelasan daripada guru dari awal hingga akhir, sebelum bertindak dengan mengabaikan perintah guru.

Selain memuliakan guru, kita bertanggungjawab untuk menunaikan hak mereka.

Antara hak guru yang perlu ditunaikan adalah:-

• Merendah diri terhadap guru.
• Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.
• Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.
• Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.
• Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.
• Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.
• Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.
• Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.
• Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

Wan Roslili Bt. Abd. Majid, Pegawai Penyelidik 19/05/2005 | Berita Harian

Sunday, October 11, 2009

suka :) duka :( bersama...


Apabila berkawan, diri sendiri dan kawan harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi

4. Pandai menyimpan rahsia
5. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik belaka

6. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat

7. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya
8. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
9. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.
10. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran”

Saturday, October 10, 2009

Inilah adab kita

ADAB KETIKA AKAN BERTEMU DENGAN ORANG LAIN

1. Adab berpenampilan
Rasulullah SAW memberi peringatan bagi seseorang yang tidak memperhatikan penampilannya ketika akan bertemu dengan orang lain, sabdanya yang bermaksud:
“Rasulullah datang berkunjung kepada kami kemudian beliau melihat seorang laki-laki yang pakainnya kotor lantas beliau bersabda, “Apakah orang ini tidak mendapatkan sesuatu untuk mencuci pakaiannya.” (HR. Imam Ahmad dan Nasa’i)

2. Adab menjaga kebersihan mulut
Masalah pakaian dan bau mulut ternyata bahagian anggota tubuh badan yang perlu dijaga dan diberi perhatian. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Kalau sekiranya aku tidak khawatir memberatkan umatku, maka pastilah akan aku perintahkan kepada mereka bersiwak (menggosok gigi) setiap kali hendak wudhu.” (HR. Muslim)
Bahkan bagi setiap laki-laki disunnahkan mandi dan memakai minyak wangi sebelum pergi solat Jum’at. Untuk kehidupan sehari-hari, Rasulullah mencontohkan bagaimana ia selalu menjaga kebersihan dan keharuman badannya. Dalam hal ini Anas bin Malik ra. berkata, “Aku tidak pernah sama sekali mencium ambar dan mistik (aroma wewangian) yang lebih wangi dari yang tercium dari tubuh Rasulullah SAW.” (HR. Muslim)

3. Menjaga kebersihan rambut dan badan
Rasulullah SAW memerintahkan kepada kaum muslimin untuk menjaga rambut mereka. Sabdanya yang bermaksud: “Siapa-siapa yang memiliki rambut maka hendaklah ia menghormatinya.” (HR. Abu Daud). Maksud menghormati di sini ialah membersihkannya (mencuci rambut), menyisirnya, memakaikan wewangian dan memperindah bentuk dan penampilannya.

ADAB PERGAULAN SEHARI-HARI

1. Adab meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain
Islam sangat menghargai privacy seseorang. Oleh karena itu, seorang muslim ketika mahu berkunjung atau menziarahi teman, hendaklah memperhatikan masalah ini.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian mendatangi rumah-rumah itu dari depan melainkan dari samping-sampingnya. Maka minta izinlah dan jika diizinkan bagi kalian maka masuklah, kalau tidak mendapat izin pulanglah.” (HR. Thabrani)

2. Mengucapkan salam
“Apabila salah seorang kalian sampai pada suatu majlis maka hendaklah ia mengucapkan salam, sebab bukanlah yang pertama lebih berhak dari yang terakhir.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi ia berkata hasan)

3. Adab dalam majlis
a. Hendaklah salah seorang mereka duduk di tempat yang mereka dapatkan majlis tanpa merasa kurang dihormati/diremehkan. (HR. Abu Daud)
b. Tidak boleh dua orang yang sedang berbicara disela, kecuali dengan izin dari keduanya. (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi)
c. Apabila majlis itu penuh dan tidak ada tempat bagi yang baru datang maka Rasulullah menyuruh mereka untuk melonggarkan dan merapatkan diri agar orang tersebut dapat tempat. (HR. Al Khamsah)
d. Jika majlis tersebut bersifat khusus dan membicarakan masalah khusus, maka Rasulullah melarang orang lain bergabung dalam majlis tersebut.
e. Di antara adab majlis adalah hendaknya tidak menempati tempat duduk seseorang yang meninggalkannya sementara ada keperluan. (HR. Muslim)
f. Hendaknya dua orang tidak berbisik-bisik tanpa meminta izin dari orang ketiga kerana akan membuat orang ketiga itu sakit hati/sedih. (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Adab Makan
a. Membaca basmalah
b. Makan dengan tangan kanan
c. Memakan dari sisi yang depan
d. Tawadhu ketika makan
e. Tidak boleh mencela makanan
f. Tidak meniup makanan yang masih panas
g. Mencuci tangan sebelum makan dan sesudah makan

5. Adab Minum
a. Minum dengan tangan kanan
b. Minum sambil duduk
c. Berdo’a sebelum dan sesudah makan
d. Mendahulukan orang di sebelah kanan
e. Diharamkan makan dan minum dari wadah yang terbuat dari emas dan perak

6. Tata cara makan dan minum di tempat orang lain
a. Datang karena diundang
b. Tidak membawa orang yang tidak diundang
c. Menjaga harga diri
d. Berdo’a untuk pemilik hidangan
e. Bersegera pulang setelah menghadiri acara (tidak berlama-lama)

7. Dalam pergaulan sehari-hari ada beberapa yang perlu diperhatikan
a. Memberi dan menjawab salam
b. Berjabat tangan (hanya untuk sesama jenis)
c. Khalwah tidak diperkenankan karena menimbulkan fitnah

sifat mahmudah